Google Drive adalah merupakan salah satu daripada aplikasi dari Google yang cukup popular digunakan pada masa kini. Google Drive digunakan sebagai satu platform penyimpanan fail secara online yang telah dilancarkan oleh Google pada 24 April 2012. Google Drive memudahkan penggunanya untuk menyimpan fail dengan berbagai jenis dan ukuran melalui jaringan internet yang perlu diakses melalui akaun Gmail. Sebanyak 15GB ruang penyimpanan disediakan secara percuma untuk sesuatu akaun dan boleh ditambah ruang penyimpanan dengan pembayaran tertentu.
Fungsi Google Drive cukup berguna bagi pengurusan pejabat atau pengurusan seharian yang membolehkan untuk menyimpan fail, berkongsi fail sehinggalah membuat fail sandaran (Backup File) dalam jumlah yang besar. Ianya merupakan satu platform ruangan penyimpanan data yang berfungsi seperti hardisk atau flaskdisk.
Logo Google Drive
Selain itu, beberapa aplikasi lain yang boleh digunakan di dalam Aplikasi Google Drive. Aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan bagi memudahkan tugas-tugas pengendalian data terutamanya kepada pengendali data yang menguruskan data sesebuah organisasi. Pengumpulan data lebih efisien dan berstruktur selain maklumat cepat dan mudah dikongsi serta pencapiannya yang fleksibel dari segi masa dan tempat.
Aplikasi Yang Boleh Digunakan di Dalam Google Drive
Fungsi Google Drive
Kelebihan Pengunaan Google Drive
Fungsi Ikon di Dalam Aplikasi Google Drive
Aplikasi Google Drive
Fungsi Setiap Ikon di Dalam Google Drive
Ulasan
Catat Ulasan