Langkau ke kandungan utama

GOOGLE EARTH

 Google Earth merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna untuk melihat gambaran dunia dari pandangan atas secara maya. Earth Viewer merupakan nama asal Google Earth yang pada mulanya dicipta oleh Keyhole Inc, namun setelah Google mengambil alih aplikasi tersebut nama aplikasi itu telah ditukar. Fungsi aplikasi ini adalah untuk mengimbas bentuk muka bumi secara 3D dan telah memetakan bumi kepada 3D yang membolehkan pengguna untuk melihat bandar-bandar dan lanskap dari pelbagai sudut dengan menggantikan imej satelit dan fotografi udara ke dunia 3D. Google Earth juga mempunyai program dan ciri yang membolehkan penerokaan terhadap planet Marikh, Bulan, pandangan langit dari Bumi dan ruang luar, termasuk permukaan pelbagai objek dalam Sistem Suria.


Logo Google Earth

Contoh Landskap 3D Yang Dipaparkan Pada Google Earth.


Fungsi- Fungsi Google Earth


Fungsi-Fungsi Google Earth


Fungsi Ikon di Dalam Aplikasi Google Earth


Aplikasi Google Earth


Fungsi Ikon di Dalam Aplikasi Google Earth


    Antara kelebihan Google Earth adalah aplikasi ini menyediakan peta dan bentuk muka bumi yang terkini. Google Earth mudah digunakan dan memaparkan muka bumi dalam konteks geospatial visual, banyak maklumat yang digunakan untuk topik yang ditangani dalam kursus geosains. Dengan menyediakan keupayaan paparan model 3D, ia boleh memudahkan pemahaman sistem Bumi. Namun demikian terdapat kekurangan aplikasi ini, iaitu kualiti resolusi paparan yang rendah selepas di zoom. Ia sedikit sebanyak mengganggu penyelidik untuk melaksanakan kajian.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog kami. Kami telah menggunakan Blogger sebagai satu platform untuk membangunkan laman sesawang bagi menerangkan beberapa fungsi Google Tools dan Apps. Terdapat banyak aplikasi dan tools Google yang boleh digunakan bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Antara Google Apss/Tools yang kami akan terangkan adalah Google Drive, Google Meets, Google Scholar dan Google Earth. Sebarang komen dan pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen yang disediakan.