Langkau ke kandungan utama

GOOGLE SCHOLAR

Google Scholar telah dilancarkan pada tahun 2004 yang menyediakan cara mudah untuk mencari sumber kesusasteraan ilmiah secara meluas. Dari satu tempat, kita boleh mencari di pelbagai disiplin penerbitan dan sumber seperti artikel, tesis, buku, abstrak dan pendapat mahkamah, dari penerbit akademik, masyarakat profesional, repositori dalam talian, universiti dan laman web lain. Google Scholar membantu mencari sumber ilmiah yang relevan di dalam negara mahupun di seluruh dunia penyelidikan ilmiah.

    Sebilangan besar pangkalan data membolehkan Google melihat kandungannya dan banyak item yang boleh dibuka yang telah dibayar oleh perpustakaan universiti. Pangkalan data subjek dan Google Scholar digunakan untuk carian yang lebih komprehensif. Setiap carian yang dibuat haruslah dinilai agar kualiti setiap sumber yang digunakan mencukupi untuk kerja akademik.

    Google merupakan salah satu laman sesawang yang berfungsi sebagai search engine terbesar digunakan oleh pengguna internet. Setiap apa yang hendak dicari oleh pengguna internet pasti membuka terlebih dahulu laman web Google. Bagitulah dengan Google Scholar yang merupakan salah satu layanan dari google untuk memudahkan pengguna internet mencari sesuatu di bidang akademik atau karya ilmiah.


Logo dan Laman Web Google Scholar




Fungsi Ikon di Google Scholar






Langkah Membuat Profil Di Google Scholar


Log masuk pada akaun google.


Setelah log masuk ke akaun google, buka alamat https://scholar.google.com/ atau https://scholar.google.co.id/ .


Klik “My Profile” dan masukan maklumat yang meliputi, affiliation/universiti, alamat email (sebaiknya menggunakan email ui.ac.id), bidang dan keahlian, serta URL homepage universiti. Jika telah selesai klik “Next step”



Contoh profil yang telah siap dibangunkan di Google Scholar















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog kami. Kami telah menggunakan Blogger sebagai satu platform untuk membangunkan laman sesawang bagi menerangkan beberapa fungsi Google Tools dan Apps. Terdapat banyak aplikasi dan tools Google yang boleh digunakan bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Antara Google Apss/Tools yang kami akan terangkan adalah Google Drive, Google Meets, Google Scholar dan Google Earth. Sebarang komen dan pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen yang disediakan.