Google Meet atau sebelumnya dikenali sebagai Hangouts Meet telah diperkenalkan oleh Google pada bulan Mac tahun 2017. Aplikasi Google Meet digunakan sebagai satu platform video conference atau meeting online. Ianya merupakan aplikasi komunikasi video yang boleh menghubungkan 100 pengguna dalam satu-satu masa dan boleh diakses pada aplikasi Android dan iOS serta boleh diakses menggunakan aplikasi web.
Logo Google Meet
Penggunaan Google Meet sangat mudah untuk digunakan melalui pelbagai media. Umumnya penggunaan aplikasi ini memudahkan untuk menghubungkan seseorang yang menjadi sebuah platform untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi semenjak pandemik Covid 19 melanda negara. Pelbagai sektor terutamanya sektor ekonomi dan pendidikan telah menerapkan penggunakan Online Meeting sebagai sebuah platform untuk berhubung. Sebuah perusahaan boleh di uruskan walaupun pekerja hanya bekerja dari rumah dengan adanya platform komunikasi seperti Google Meet. Sesi pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti serta institut pendidikan lain dapat dijalankan secara atas talian.
Cara Penggunaan Aplikasi Google Meet di Laman Web
Proses Penggunaan Google Meet
Layari laman web https://apps.google.com/meet/?hs=197 untuk menggunakan aplikasi Google Meet.
Laman Web Google Meet
Untuk memulakan Google Meet, log masuk akaun Gmail. Klik pada butang ‘Sign In’ atau terus klik pada butang ‘Start Meeting’. Setelah log masuk, paparan Google Meet akan keluar seperti berikut.
Paparan Google Meet
Setelah log masuk dan bersedia untuk Online meeting, klik pada butang ‘Join now’. Untuk menghidupkan camera dan microfon, klik pada butangdan butang . Pastikan camera dan microfon dipasang pada peranti komputer untuk menggunakannya. Klik pada ikon ‘Meeting details’, dan salin Link atau pautan yang berikut. Pautan tersebut perlu diberikan kepada pengguna lain untuk mengikuti ruangan meeting yang telah dibuat.
Paparan Google Meet Yang Telah Bersedia Untuk Digunakan.
Bagi pengguna lain yang ingin ‘Join Meeting’ atau mengikuti perhubungan atas talian, dapatkan pautan/link sesuatu meeting tersebut dan klik pada link Google Meet yang akan digunakan. Atau salin pautan link tersebut dan masukkan di URL sesawang.
Paparan google meet akan terus terkeluar dan log masuk akaun google untuk berhubung dengan pengguna lain.
Setelah Log Masuk ke akaun google. Klik pada ‘Join Now’.
Google Meet telah bersedia digunakan dan aktiviti perhubungan boleh dibuat samaada melalui suara atau pun video.
Ulasan
Catat Ulasan