Langkau ke kandungan utama

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap google tools dan mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri. Oleh itu, kelebihan yang disediakan di dalam google tools dan apps tersebut boleh digunapakai oleh semua individu tidak mengira umur dengan kepelbagaian fungsi yang tersedia yang bertujuan untuk mempercepatkan lagi sesuatu proses pelaksanaan kerja untuk diselesaikan. Google tools dan apps banyak memberikan manfaat kepada penggunanya dari pelbagai sudut. Antaranya dari sudut komunikasi atas talian, pengurusan fail, pencarian maklumat dan kajian peta. Google menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh dilayari oleh pengguna dengan menggunakan internet, tambahan pula dengan adanya perkhidmatan secara percuma atau berbayar seperti yang terdapat di Google Drive yang dapat memudahkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas. Dengan menyediakan kepelbagaian perkhidmatan dalam google tools dan apps ia dapat memudahkan para pengguna terutama pengguna dari kalangan pelajar semasa menghadapi pandemik Covid-19 dimana semua urusan haruslah dilaksanakan dari jarak jauh atau lebih dikenali sebagai pembelajaran secara atas talian. Walaubagaimanapun, individu yang berkerja dari rumah juga boleh menggunakan perkhidmatan google tools dan apps untuk menjalankan tugas.

    Sejajar dengan itu, penggunaan google tools dan apps pada era perkembangan teknologi masa kini mampu membantu syarikat, institusi mahupun individu untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan lebih teratur dan cekap. Dengan wujudnya perkhidmatan teknologi sebegini dalam kehidupan seharian ia mendorong individu untuk menjadi lebih produktif dan memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugasan seterusnya dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Selain itu, pengetahuan untuk menggunakan google tools dan apps ini amat diperlukan oleh setiap individu untuk dijadikan ia sebagai satu nilai tambah dalam perkembangan kemahiran seseorang untuk mengikuti arus pembangunan teknologi yang semakin pesat. Ia merupakan satu keperluan kepada setiap individu untuk mendedahkan diri dalam penggunaan perkhidmatan yang mudah digunakan terutama apabila perkhidmatan tersebut selamat digunakan dan privasi. Oleh itu, aplikasi yang diwujudkan oleh Google merupakan satu alternatif untuk mendedahkan individu kepada asas penggunaan teknologi dalam memudahkan aktiviti pengurusan kehidupan manusia.





RUJUKAN

 

1.    Huzaimi Alias. Pengenalan Penggunaan Google Drive. Di akses pada 09 November 2020. Dicapai melalui https://huzaimialias.com/pengenalan-penggunaan-google-drive/

2.    Laman Web Google Drive. Diakses pada 09 November 2020. Dicapai melalui https://www.google.com/intl/ms_ALL/drive/using-drive/

3.    Zuhroh Nilakandi. Pengertian Google Meet Beserta Manfaat, Kelebihan dan Kekuranganya. Diakses pada 10 November 2020. Dicapai melalui https://www.nesabamedia.com/pengertian-google-meet/

4.    Bivisyani Questibrilia. (4 Mac 2020). Google Meet, Aplikasi Unik Dan Asyik. Dicapai melalui https://www.jojonomic.com/blog/google-meet/

5.    Raihan Jalaludin. (08 April 2020). Panduan Lengkap Menggunakan Google Meet. Dicapai melalui https://www.raihanjalaludin.com/2020/04/panduan-lengkap-google-meet.html

6.    Puti Yasmin. (23 Disember 2019). Google Earth, Ini 4 Langkah Mudah Menggunakannya. Dicapai melalui https://inet.detik.com/tips-dan-trik/d-4833863/google-earth-ini-4-langkah-mudah-menggunakannya

7.    Geosriwijaya. (17 Februari 2017). Fungsi dan Keunggulan Google Earth. Dicapai melalui https://geosriwijaya.com/2017/02/fungsi-dan-keunggulan-google-earth/

8.    Fauzan Evan. (24 Jun 2020). 'Google Earth' Fungsi dan Fitur yang Belum Banyak Orang Tahu. Dicapai melalui https://mantrasukabumi.pikiran-rakyat.com/teknologi/pr-20575596/google-earth-fungsi-dan-fitur-yang-belum-banyak-orang-tahu

9.    Bakti. (15 Oktober 2019). APA ITU GOOGLE SCHOLAR? SIMAK DI SINI PENJELASAN BERIKUT 4 MANFAATNYA!. Dicapai melalui https://www.baktikominfo.id/id/informasi/pengetahuan/apa_itu_google_scholar_simak_di_sini_penjelasan_berikut_4_manfaatnya-1038

10.  Tim, CNN Indonesia. (06 Julai 2020). Membuat akaun google scholar dan cara menggunakanya. Dicapai melalui https://www.cnnindonesia.com/teknologi/20200703105815-185-520433/membuat-akun-google-scholar-dan-cara-menggunakannya





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog kami. Kami telah menggunakan Blogger sebagai satu platform untuk membangunkan laman sesawang bagi menerangkan beberapa fungsi Google Tools dan Apps. Terdapat banyak aplikasi dan tools Google yang boleh digunakan bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Antara Google Apss/Tools yang kami akan terangkan adalah Google Drive, Google Meets, Google Scholar dan Google Earth. Sebarang komen dan pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen yang disediakan.